Siapa pengasas Gann ini?

Pengasas gann bernama W.D.Gann. Gann menggabungkan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.

Square of nine, Square of 144 and Hexagon adalah adalah diantara Gann yang popular digunakan.


Apa yang perlu tahu dalam Gann ini?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Set nombor penting yang ialah yang termasuk nombor dalam line bewarna merah (Cardinal cross) dan nombor dalam line bewarna biru (Ordinal cross).

2) Sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna merah dan dikatakan sebagai support penting dan resistance penting. Manakala sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna biru dikatakan sebagai support dan resistance yang kedua penting.


Cara membaca gambarajah Gann Square yang disediakan dibawah.

1) Bermula dari nombor 1, baca mengikut arah pusingan jam bergerak (clock wise).

2) Cari harga yang telah jatuh dan nak mula rebound. Rujuk harga dengan Gambarajah Gann Square.


CONTOH BACAAN GANN

Kita ambil contoh stock GTRONIC pada 29 julai 2022. Rujuk gambarajah Trade Details yang di ambil dari sumber TradingView.com

Harga Pembukaan : RM1.250 (gap up) 
Harga Tertinggi : RM1.280
Harga Terendah : RM1.230
Harga Tutup : RM1.240











Situasi 
~~~~~
Bolehkah kita entry pada harga 
RM1.250? Jika anda rujuk pada gambarajah Gann harga RM1.240 berada didalam paras rintangan ketiga penting iaitu RM1.240 (kuning). Jika nak entry disini, make sure kena dengan trading sistem masing2, maksudnya ada signal entry selain dari signal Gann. Jika entry disini, cut loss level adalah pada paras dibawah support RM1.240 iaitu RM1.235 atau RM1.230 Dan target boleh letak pada paras resistance penting iaitu di line merah RM1.270 atau sebelumnya.


Soalan lain:  boleh tak kalau kita nak entry harga yang berada ditengah-tengah antara line biru dan line merah?

Jawapannya: sebaiknya jangan sebab kita tak tahu harga tu nak naik ataupun nak turun.




Tips penting:

sekiranya anda adalah pemain intraday dan contra, jika ada untung boleh cabut dulu walaupun tak kena harga resistance.


Sekian dulu.